KEMAHIRAN MEMPROSES MAKLUMAT
Kemahiran memproses maklumat merupakan peringkat untuk menguji kebolehan pelajar menggabungkan, mengintergasikan, atau juga mencatumkan idea-idea serta mentafsir dan merumuskan hasil yang di analisis.
Oleh itu, seseorang pelajar yang menguasai kemahiran memproses maklumat berkebolehan untuk melakukan teknik-teknik berikut secara berperingkat-peringkat:
1. Menganalisis
2. Mentafsir
3. Menilai
4. Mensintesis
1.0 MENGANALISIS
Analisis data merupakan satu proses menggunakan data bagi memberikan maklumat berguna untuk mencadangkan kesimpulan & menyokong keputusan yang bakal diambil.
Data Kuantitif dan Kuantitif boleh dipersembahkan secara grafik untuk membantu memudahkan proses analisis.
1.1Menganalisis Maklumat Yang Dikumpul
DEFINISI
Menganalisis maklumat merupakan satu pemikiran kritis yang melibatkan operasi. Ia juga merupakan asas kemahiran berfikir untuk menganalisis sesuatu hujah supaya hujah itu dapat ditafsir dan difahami dengan jelas. Analisis hujah perlulah dibuat dengan terperinci, mempunyai objektif, dan usaha yang gigih demi mencapai maksud apa yang ingin dihujahkan.
TUJUAN
Menganalisis maklumat bertujuan untuk meningkatkan pemahaman terhadap sesuatu perkara dan untuk menjelaskan idea tentang maklumat yang ditemui. Ianya juga untuk menghubungkaitkan fakta, mengsintesis data, membandingkan fakta, membaca yang tersirat, dan membuat kesimpulan.
1.2KEMAHIRAN MENGANALISIS SECARA KRITIS
Kemahiran ini terbahagi kepada dua iaitu:
1)Menganalisis Idea
2)Menganalisis Hujah
1) MENGANALISIS IDEA
Menganalisis idea adalah menganalisis sesuatu perkara atau idea dengan beberapa cara seperti mengkelaskan, membanding dan membeza, meneliti perhubungan bahagian keseluruhan, dan membuat urutan.
2)MENGANALISIS HUJAH
Menganalisis hujah pula ialah mengenal pasti unsur-unsur yang digunakan dalam pemikiran apabila seseorang cuba untuk memberikan idea. Tujuan menganalisis hujah juga adalah untuk mencari sebab dan kesimpulan bagi sesuatu topik dan mengusul periksa andaian yang dapat dibuat Seterusnya membuat urutan. Setelah itu, kriteria yang bermakna dijadikan sebagai asas bagi mengatur perkara-perkara dalam satu susunan.
1.3JENIS-JENIS URUTAN
Jenis-jenis urutan yang dapat digunakan ialah:
-Urutan abjad - contoh : Senarai Nama
-Urutan Masa - contoh : Kesulatanan Melaka
-Analisis Operasi - contoh : Prosedur membuat kerja kursus berportfolio
-Rangkaian sebab - contoh : Kepupusan Dinasour
-Kitar - contoh : Kitar Oksigen
-Pangkatan - contoh : Rancangan kerja mengikut keutamaan
1.4 KESIMPULAN
Jadi, apa yang dapat kita simpulkan disini ialah analisis dan penjelasan idea dapat menimbulkan pemahaman yang lebih mendalam terhadap sesuatu topik.
Walaupun pemahaman secara tersendiri bukan merupakan pemikiran yang baik, tetapi pemahaman amat diperlukan untuk membantu dalam memantapkan sesebuah pemikiran.
2.0 KEMAHIRAN MENTAFSIR
Seterusnya adalah kemahiran mentafsir.
Kemahiran mentafsir data ialah kemahiran untuk mentafsirkan data-data yang telah dikumpul berdasarkan jadual, carta dan gambarajah dengan memberikan penerangan atau ulasan yang logik mengenai sesuatu pemerhatian, ujikaji dan pembolehubah.
Berikut adalah kata kunci atau ayat yang biasa diajukan pada soalan berkaitan dengan Kemahiran Mentafsir Data :
3.0 MENILAI MAKLUMAT
Dalam penilaian maklumat, pelajar harus tahu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan.
Membuat penilaian dalam penulisan adalah membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan alasan-alasan yang mantap. Setelah semua maklumat berbentuk kuantitatif dan kualitatif dianalisis dan ditafsirkan, kesimpulan dibuat berdasarkan hasil analisis dan tafsiran yang telah dilakukan.
Akhirnya, maklumat berkenaan akan melalui proses penilaian. Menilai maklumat merupakan pandangan dan idea penulis terhadap kesimpulan yang diperoleh berdasarkan pembacaan lepas berkaitan isu yang dibincangkan. Penilaian menjadi lebih mantap apabila penulis mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam berkaitan isu yang dibincangkan.
Terdapat dua perkara yang penting ketika menilai maklumat iaitu menilai maklumat yang ingin digunakan sebagai rujukan dan menilai maklumat dalam penulisan. Maklumat dalam penulisan dilakukan dengan membuat pertimbangan dan memberi rasional dengan sebab-sebab yang kukuh. Kesimpulan dibuat berdsarkan hasil analisis dan tafsiran yang dibuat.
RUJUKAN
https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar123/bab-6-kemahiran-memproses-maklumat-penyediaan-bahan-bertulis/6-1-menganalisis-maklumat-yang-dikumpul-1
https://www.slideshare.net/ctfironika/kemahiran-memproses-maklumat-15417548

Penilaian juga dilakukan keatas maklumat yang ingin dijadikan bahan rujukan berdasarkan beberapa kriteria dan standard-standard untuk menilai keberkesanan maklumat tersebut. Antaranya ialah :
a) Autoriti – kebolehpercayaan sesuatu maklumat
b) Ketepatan – maklumat yang benar memberi manfaat kepada pembaca
c) Saksama – bersifat adil dan neutral
d) Nilai semasa – maklumat terkini
e) Lengkap dan jelas – memberikan gambaran jelas dan lengkap mengenai sesuatu isu
3.1 MENILAI MAKLUMAT
Definisi
1. Membuat pertimbangan mengenai :
- nilai
- idea
- kerja
- penyelesaian
- kaedah
- bahan
untuk tujuan tertentu.
2. melibatkan penggunaan kriteria dan juga 'standard-standard' untuk menilai sejauh mana sesuatu perkara itu tepat, berkesan dan memuaskan.
Kriteria menilai maklumat
- Autoriti
- Ketepatan maklumat
- Saksama
- Nilai semasa
- Lengkap dan jelas
Ciri-ciri maklumat yang baik
- Tepat
- Cepat
- Lengkap
- Ringkas
- Berkaitan
4.0 MENSINTESIS MAKLUMAT UNTUK MENGHASILKAN BAHAN BERTULIS
Proses mensintesis :-
- peringkat menggabungkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan satu idea baru secara menyeluruh. Sintesis juga bermaksud menggabungkan dan menggubah idea. Mensintesis menjadikan data dalam bentuk baru dan bersepadu.
- untuk menghasilkan bahan bertulis. Mensintesis merupakan aktiviti yang sukar dilakukan kerana ia memerlukan pembaca mempunyai aras kognitif yang tinggi dan melibatkan pemikiran kritis aras tinggi. Proses mensintesis adalah peringkat menggabungkan unsur yang berlainan untuk menghasilkan suatu idea baharu secara menyeluruh. Selain itu, sintesis juga adalah menggabung idea, menggubahkan semula idea dan menyatukan idea. Mensistesis menjadikan data dalam bentuk baharu dan bersepadu.
Adalah kemahiran untuk :
- mengolah
- menjadikan data dalam bentuk baru
- bersepadu
- mencadangkan satu pembaharuan atau kefahaman baru
- menggabungkan idea
- menggubal semula
- menyatukan idea-idea
RUJUKAN
https://sites.google.com/site/kemahiranbelajar123/bab-6-kemahiran-memproses-maklumat-penyediaan-bahan-bertulis/6-1-menganalisis-maklumat-yang-dikumpul-1
https://www.slideshare.net/ctfironika/kemahiran-memproses-maklumat-15417548

Comments
Post a Comment