SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)




Sistem Pengurusan Pembelajaran ataupun Learning Management System (LMS) adalah istilah yang digunakan dengan meluas untuk lingkungan sistem-sistem yang menyediakan perkhidmatan pembelajaran secara atas talian untuk para guru dan pentadbir.

LMS ini adalah salah satu aplikasi pendidikan untuk membuat pengajaran dan pembelajaran. Ia merujuk kepada pelbagai sumber iaitu meliputi kandungan kurikulum dari tahap prasekolah hinggan ke tahap universiti. Topik-topik yang disampaikan adalah melalui akses terus ke internet.


CIRI SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN (LMS)
Terdapat 4 ciri-ciri LMS iaitu :
1.                                    Mudah
·         Merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.
·         Mengembangkan potensi seseorangitu melalui proses pembelajaran berterusan yang dapat memotivasi dan membolehkan seseorang individu itu menguasai ilmu.
·         Dapat menanggani pelbagai masalah dan cabaran hhidup dengan yakin serta kreatif.
·         Mampu mengumpulkan dan mengurus maklumat secara kendiri.

2.                                    Kreatif
·         Mampu merancang strategi untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran.
·         Kebolehan untuk mencari cara-cara baru untuk berkomunikasi, mempersembah dan menggunakan maklumat.
·         Kebolehan untuk memperkatan tentang sesuatu produk pembelajaran dengan mengiktiraf harta intelek.

3.                                    Peka
·         Bersikap positif dan percaya pada kebolehan yang ada pada diri sendiri ketika diberi kerja.
·         Tidak menangguh kerja yang diberikan.
·         Ikhlas dan jujur dalam menyelesaikan sesuatu tuntutan kerja
·         Bersifat terbuka sekiranya diberikan tugasan atau kerja yang baharu.
·         Melakukan sesuatu kerja dengan sebaik mungkin.

4.                                    Sentiasa Melakukan Penambahbaikan
·         Mampu meneroka isu/masalah yang memerlukan penyelesaian masalah secara sendiri.
·         Melakukan Pembelajaran maya berkonsep formal dan tidak formal berasaskan pembelajaran kendiri menggunakan alat multimedia dan sumber dalam talian.
·         Memperluaskan pengalaman hidup supaya individu itu berupaya menangani pelbagai cabaran hidup dengan yakin dan kreatif.

contoh Sistem Pengurusan Pembelajaran dari Universiti Putra Malaysia.

KEGUNAAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
ü  Memusatkan strategi pembelajaran dan pengajaran lebih teratur.
ü  Memasang dan menyampaikan inti pembelajaran dengan capat dan tepat.
ü  Dapat menggabungkan semua maklumat latihan kedalam satu sistem
ü  Meningkatkan kebolehan dalam pembelajaran.

TUJUAN SISTEM PENGURUSAN PEMBELAJARAN
Ø  Memudahkan penyampaian kursus atas talian.
Ø  Memberi kemudahan kepada pelajar dalam membuat rujukan ketika membuat sesuatu tugasan.
Ø  Pelajar mudah mengetahui tentang pengumuman penting yang diuar-uarkan.
Ø  Pelajar mudah berkomunikasi dengan pensyarah dan rakan dalam menyelesaikan tugasan melalui chat real-time, emel dan sebagainya

Disediakan oleh : Hazirah Shaari


Rujukan :

Comments